Nuur Centre berpengalaman menganjurkan kelas mengenai cara-cara mengendalikan e-kaunseling bagi berkongsi pengalaman yang telah memasuki usia 2 tahun melaksanakan sendiri kaunseling secara atas talian.
Nuur Centre berpengalaman menganjurkan kelas mengenai Kemahiran Asas Kaunseling bagi berkongsi informasi secara berstruktur berkenaan asas-asas dalam dunia kaunseling.
Nuur Centre berpengalaman menganjurkan kelas secara fizikal berkaitan keibubapaan.
Nuur Centre berpengalaman menganjurkan kelas keibubapaan secara atas talian melalui aplikasi Zoom.
Nuur Centre berpengalaman menganjurkan Bengkel Gadis Remaja : Celik Emosi bagi membantu adik-adik remaja perempuan dari aspek perkembangan mental dan emosi.
Nuur Centre berpengalaman menganjurkan Bengkel Gadis Remaja : Celik Haid dan Istihadah bagi membantu adik-adik remaja perempuan dari aspek mendalami ilmu seputar haid dan istihadah seterusnya mengetahui aspek-aspek penjagaan kendiri.
Nuur Centre sering memenuhi jemputan daripada pelbagai pihak samada agensi kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan bagi mengisi slot-slot yang merupakan kemahiran kami.